Tuesday, July 12, 2011

PELUPUSAN SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN

7btc
As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on July 8, 2011

1. Saya membaca dalam akhbar bahawa sebanyak 30 syarikat yang sekarang dimiliki oleh agensi Kerajaan (Government Linked Company) akan dilupuskan.

2. Saya tak tahu syarikat mana yang hendak dilupuskan tetapi saya tahu saham syarikat-syarikat diamanahkan kepada Khazanah dan lain-lain institusi Kerajaan kerana orang Melayu tidak mampu membeli dan menyimpannya.

3. Dengan perkataan lain saham-saham ini adalah milik Melayu dan Bumiputra lain. Kerana institusi ini memegang saham syarikat inilah yang peratusan saham korporat meningkat sedikit.

4. Jika saham-saham ini dijual kepada yang menawar harga yang terbaik, mungkin ianya tidak akan dapat lagi menyumbang kepada peratusan yang sedikit pegangan saham korporat oleh orang Melayu.

5. Saya berdoa hak orang Melayu dan Bumiputra lain yang sedikit ini tidak turut merosot.